Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Monday, September 18, 2017

Panduan memilih produk kosmetik yang selamat.

Assalammualaikum,

Hari ini Kak Ida ada temujanji di hospital. Sementara menunggu nombor dipanggil, Kak Ida berkesempatan menyelak majalah yang ada.


Dari termenung kebosanan...

Baik, hari ini Kak Ida akan kongsikan panduan memilih produk kosmetik yang selamat.

1. Pastikan produk kosmetik tidak mengandungi racun berjadual seperti asid azelaik, hydroquinone, tretinoin dan logam berat merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Rajin-rajinlah pengguna membelek label kandungan untuk memastikan produk kosmetik yang digunakan selamat.

2. Produk yang mengandungi asid azelaik, hydroquinone dan/atau tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

3. Hydroquinone biasanya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin dan asid azelaik pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat (acne vulgaris). Jika penggunaan kedua-dua bahan ini tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

4. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hypersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

5. Pengguna digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk kosmetik yang meragukan kepada pihak kementerian untuk membanteras penjualan kosmetik tidak bernotifikasi.

Semoga perkongsian ini memberi panduan dalam memilih kosmetik yang selamat.

Certified Gojes Consultant
Ida Kamilia Mudzakir

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...