Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Friday, September 1, 2017

Makanan yang kaya dengan vitamin C

Selama ini, kita tahu sumber vitamin C yang tinggi adalah dari buah oren. Perkongsian Kak Ida kali ini adalah hendak berkongsi sumber Vitamin C yang tinggi selain buah oren.

Apa fungsi vitamin C?
Vitamin C sangat elok untuk kesihatan kulit dan rambut. Terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi dari vitamin C.

Manfaat Vitamin C untuk kulit.
  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya.
  • Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat.
  • Melindungi kulit dari radikal bebas.
  • Mengurangkan proses pigmentasi akibat pengaruh UV B.
  • Meningkatkan sintetis kolagen.
  • Sebagai antioksidan.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit.
Manfaat Vitamin C untuk memperbaiki kulit
Vitamin C adalah antioksidan yang paling banyak diperlukan kulit, di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas yang menompok akibat sinar matahari dan usia. "Pemberian vitamin C yang dikombinasi dengan bahan lain, memperbaiki beberapa tanda-tanda penuaan termasuk garis-garis halus, pigmentasi tidak merata, warna kulit dan tekstur," kata Dr Mariusz Sapijaszko, Pengarah Kesihatan dari Youthful Image Cosmetic Surgery Clinic dan seorang profesor dermatologi di University of Alberta.



Setengah cawan cili membekalkan 107.8 mg Vitamin C


Secawan betik mengandungi 88.3mg vitamin C dan betik sangat kaya dengan serat untuk membantu melawaskan pembuangan air besar.


Buah kegemaran hampir semua orang ini mengandungi 84mg vitamin C serta kompaun lain yang sangat bagus untuk kesihatan jantung.


Setiap 30g brokoli mengandungi 132mg vitamin C dan serat untuk membuat kita rasa cepat kenyang


Vitamin C nanas adalah sebanyak 78mg dan ia juga mengandungi bromelaine iaitu sejenis enzim yang mencegah perut kembung.


Dua biji kiwi mengandungi 137mg vitamin C.


Selain mengandungi 122mg vitamin C, mangga juga mengandungi vitamin A untuk mata yang sihat


Bunga kubis membekalkan 127mg vitamin C serta 5g serat dan 5g protein.


Secawan lada benggala merah mengandungi 190mg vitamin C manakala secawan lada benggala hijau 120mg vitamin C


Kubis bersaiz kecil ni mungkin susah didapati di Malaysia kecuali di pasaraya yang banyak barang import. Mengandungi 74mg vitamin C, Brussel sprout ini juga kaya dengan bahan antikanser.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...