Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Thursday, August 24, 2017

Tips kulit glowing

Kak Ida kongsikan tips-tips kulit glow.



Minum air yang mencukupi


Minum air secukupnya untuk mengelakkan sel tubuh anda kering dan juga untuk membantu nyahtoksin

Bersenam dengan teratur


Senaman akan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh. Kulit akan nampak blushing dan glowy!

Mandi


Mandi dengan air sejuk untuk mengekalkan kelembapan kulit. Air suam akan mengurangkan lapisan perlindungan kulit.

Cuci muka dengan teratur



Cuci dengan pencuci yang sesuai untuk membuang sel kulit mati. Kalau muka tidak dicuci, kulit akan menjadi kusam kerana daki-daki berkumpul.

Lindungi kulit dari sinar matahari



Lindungi dari sinar UV untuk elak kulit jadi gelap dan kusam.

Tidur yang mencukupi



Rahsia kulit glowy adalah dengan mendapatkan tidur yang secukupnya supaya tubuh kita cukup rehat dan menjalankan fungsi membaikpulih sel.

Bawang putih


Bawang putih juga adalah salah satu makanan yang kita boleh amal setiap hari untuk dapatkan cantik dan sihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...