Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Wednesday, August 16, 2017

Jenis-jenis cleanser

Apa itu Cleanser?


Cleanser adalah pembersih wajah.


Sabun buku atau cleansing bar lebih sesuai untuk kulit berminyak kerana ia agak mengeringkan kulit.


Cleaning Milk bukanlah diperbuat dari susu sebenar tapi ia sejenis emulsi yang sesuai untuk kulit sensitif kerana kandungan air dan minyak yang seimbang.


Pencuci jenis krim sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Ada yang jenis tak berbuih.


Pencuci jenis gel lebih sesuai untuk kulit yang sangat berminyak dan berjerawat. Selalunya ia mengandungi formula yang memberi rasa sejuk kepada kulit.


Pencuci jenis ini adalah pencuci yang senang digunakan kerana ia keluar dalam bentuk busa di atas tangan anda. Depends on the formula, ada yang sesuai dengan kulit berminyak saja dan ada yang sesuai untuk semua jenis kulit kerana formulanya yang lembut.


Pencuci jenis balm selalunya digunakan oleh mereka yang suka buat double cleansing. Teksturnya berminyak. Ia digunakan untuk mencuci mekap tanpa mengeringkan kulit.


Pencuci jenis air ini digunakan sebagai pencuci mekap. Ia tidak mengeringkan kulit namun berbueza dengan balm, micellar tidak memberi rasa berminyak kepada kulit.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...