Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Saturday, April 22, 2017

Minyak Tea Tree

KEDUDUKAN
SEDERHANA

KATEGORI
Ekstrak tumbuhan

KEGUNAAN
Minyak tea tree ini dikenali juga sebagai Melaleuca yang merupakan sejenis pokok tumbuhan yang berasal daripada Australia iaitu pokok Maleleuca Alternifolia. Minyak tea tree ini mempunyai ciri-ciri untuk melegakan keradangan kulit dan juga sebagai antioksida.

Minyak tea tree ini mengandungi komponen seperti linalool, limonene dan eucalyptol.

Minyak tea tree ini digunakan untuk memperbaiki masalah kulit seperti jerawat. Kepekatan minyak tea tree ini dicadangkan kurang daripada 1% kerana mempunyai bau yang agak kuat.

Ia berfungsi sebagai:-
  • Anti jerawat 
  • Anti bakteria 
  • Mengurangkan kegatalan kulit 
  • Melegakan inflamasi (radang)

RUJUKAN
International Journal of Dermatology, July 2013, pages 784-790
Journal of Food and Drug Analysis, June 2013, pages 169-176
Chemical Research in Toxicology, March 2012, pages 713-721
Australasian Journal of Dermatology, May 2007, pages 83-87
Indian Journal of Dermatology, Venereology, and Leprology, January-February 2007, pages 22-25
Clinical Microbiology Reviews, January 2006, pages 50-62


SUMBER: Minyak Tea Tree

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...