Rangkaian G by Gojes

Rangkaian G by Gojes
Untuk wanita yang inginkan kecantikan dan mementingkan bahan yang halal, selamat dan berkesan.

Saturday, April 22, 2017

Minyak kelapa dara

KEDUDUKAN
PALING BAIK

KATEGORI
Ekstrak tumbuhan, emolien

KEGUNAAN
Minyak kelapa dara mempunyai kandungan lemak tepu yang mudah meresap ke dalam kulit.

Ia merupakan sumber yang kaya dengan asid lemak yang mempunyai rantaian sederhana yang dikenali juga sebagai triglycerides. Minyak kelapa dara ini banyak digunakan sebagai pelembap dan mempunyai kesan yang sama dengan minyak mineral yang lain.

Minyak kelapa dara juga dapat mengandungi kandungan antioksidan yang baik untuk kulit berbanding dengan minyak zaitun dan juga minyak bunga matahari.

Namun begitu, minyak kelapa dara ini tidak dapat memberikan perlindungan matahari pada kulit. Kajian menunjukkan minyak kelapa dara hanya dapat melindungi 20 peratus dari cahaya UV yang boleh merosakkan kulit dan ini akan mengakibatkan tanda-tanda penuaan mudah timbul.


RUJUKAN
International Journal of Dermatology, January 2014, pages 100-108
Food & Function, September 2013, pages 1,402-1,409
Pharmacognosy Review, July-December 2011, pages 164-173
Skin Pharmacology and Physiology, June 2010, pages 290-297
Dermatitis, November-December 2008, pages 308-315; and September 2004, pages 109-116


SUMBER: Minyak kelapa dara

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...